BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 24, 2010

CARA-CARA NK ATASI STRESS.

1. Senyum

senyum boleh membuatkan kta rsa tenang..jd, nk elak stress, kta pkir lr something yang boleh buat kta senyum k (^_^)


2. Bersendirian

kadg2 tuu..kta perlu gk take time untuk bersendirian..supaya kta bleh mncri ketenangan..tenang 2 kn ubat stress..jd, ap2 cara y bleh bwat kita tenang...mesti kta leh elak dri stress..


3. Bertenang

Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri kita dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Sbabnya keputusan itu mungkin dlam kwalan emosi kita semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.


4. Berbuat baik sesama insan

Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling kita. Lebih baik kita cuba untuk mnceriakan kwan2 dan org2 d'sekeliling kita..supaya kita rsa tenang melihat org laen tenang..cra ni pn leh kurgkn stress..klau x pcaya..try lr..hehe


5. Jadi seorang pemaaf

Memang sukar untuk kita memaafkan seseorg. Tapi itulah yang harus kita lakukan. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada.


6. Lavender

Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress kita.


7. Kasih Sayang

Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kita (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan kita pasti tidak akan susut kerana sebenarnya kita tidak berseorangan didunia ini.


8. Allah

Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

9. Ceria

Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling kita setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. So, happy2 lr slalu k. (^_^)

Friday, March 19, 2010



Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?

ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?

Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?

Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?

Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil'. Sebab apa Adi kata macam tu?

Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?

200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.

Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?

Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.

Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?

Ilham datang waktu itu.

Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?

Counter Strike, game tembak-tembak...Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?

Adi nak jadi profesor matematik Islam.

Adi tahu Adi terkenal sekarang?

Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.

Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?

Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?

Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?

Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?

Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.

Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?

(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?

Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.

Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?

Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.

Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?

Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

Doa apa?

Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.

Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?

Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.

Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

Adakah letih menjadi seorang genius?

Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.

Apa ucapan untuk ibu dan ayah?

Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?

Adi baru belajar tahfiz - Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah

Tk silap su…semua pertanyaan ini ditanya oleh salah seorang pihak media yang menemu ramah Adi Putera sendiri…subhanAllah..hebat betul adik kita..kurniaan Ilahi pada si kecil comel…cita-citanya tinggi, mindanya brfikiran luas..ingtnnya hebt mengingt…harapannya yang tinggi untuk memberi sumbangn kpd negara dan agamanya..dgn kurniaan yang Allah beri padanya…walaupun Adi Putera masih kecil..tetapi Allah dah kurniakan kebijaksanaan yang hebat padanya…semoga apa yang adi putera ingin sumbangkan demi menjaga Agama dan Negara tercapai…Amin…su sangat berharap agar Adi Putera akan dapat menjadi seorang tokoh yang hebat dan dapat memimpin negara suatu hari nanti…insyaAllah…sama2 lh kta berdoa agar Adi Putera sentiasa dilindungi Allah….

Sunday, March 14, 2010

ADI PUTRA

Akulah Adi Putra

Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu

ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

Wednesday, March 10, 2010

aduhh...nmpak cm senang..tp sush gk rupanya nk wt casting mould ni....huhu
pengalaman yg tk akan dilupakan...tp spa2 yg wt keje ni taw lr cna bhagia dan gembiranya wt benda nieh....huhu







































Monday, March 1, 2010

Metallurgy



Metallurgy is a domain of materials science that studies the physical and chemical behavior of metallic elements, their intermetallic compounds, and their mixtures, which are called alloys. It is also the technology of metals: the way in which science is applied to their practical use. Metallurgy is commonly used in the craft of metalworking.

Metallurgical Engineering is a broad field that deals with all sorts of metal-related areas. The three main branches of this major are physical metallurgy, extractive metallurgy, and mineral processing. Physical metallurgy deals with problem solving: you’ll develop the sorts of metallic alloys needed for different types of manufacturing and construction. Extractive metallurgy involves extracting metal from ore. Mineral processing involves gathering mineral products from the earth’s crust.

As a Metallurgical Engineering major, you’ll learn the fundamentals of all three fields, as well as the basics of engineering in general. We need metals to make our society function—metals make up important parts of cars, bikes, planes, buildings, even toothpaste tubes. Your knowledge of the production, design, and manufacturing of these metals and mineral products can be rewarding and exciting.

Most Metallurgical Engineering programs will offer the opportunity to participate in a cooperative education program, an arrangement in which students spend a semester or more doing engineering work with a metallurgical company. Many of these co-op jobs can become actual jobs after graduation, and the experience will make you a more valuable prospective employee.